SKPTM TKRS CIKGU ROSS
Saturday, November 20, 2010
MATLAMAT, OBJEKTIF KRS DAN TKRS
MATLAMAT
|
OBJEKTIF |
1. | Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara |
2. | Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang , kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup. |
3. | Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional. |
4. | Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra. |
5. | Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. |
BAHASA HUKUMAN KAWAT KAKI
Kawat kaki pada asasnya terbahagi kepada 3 bahagian; iaitu kawat kaki statik, kawat kaki dinamik dan kawat formasi yang juga dikenali kawat senyap atau kawat hantu (dalam tentera). Untuk tujuan mengajar kawat kaki, eloklah dimulakan dengan kawat kaki statik, iaitu kawat yang belum melibatkan pergerakan berjalan. Bagi tajuk-tajuk dalam kawat statik ialah :
1-sedia, senang diri dan rehatkan diri
2-berpusing ke kanan, kiri dan ke belakang
3-langkah sebelah
4-hentak kaki
5-buka dan tutup barisan
6-luruskan barisan
7-hormat Bahasa Hukuman Kawat
1-sedia
"BARIS..BARIIIIS SEDIA !"
2-senang diri
2-senang diri
"SENAAANG DIRI!"
3-rehatkan diri
3-rehatkan diri
"REHATKAAAN DIRI!"
4-berpusing ke kanan*
4-berpusing ke kanan*
"BERGERAK KE KANAAAN, KE KANAAAN..PUSING!"
5-berpusing ke kiri**
5-berpusing ke kiri**
"BERGERAK KE KIRIII, KE KIRIII..PUSING!"
6-berpusing ke belakang***
6-berpusing ke belakang***
"BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKAANG, KE BELAKAAANG ..PUSING!"
*sekiranya platon (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawat).
Untuk menghadapkan semula platon ke hadapan, bahasa hukumannya : "BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE KIRIIII..PUSING!"
**sekiranya platon (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawat). Untuk menghadapkan semula platon ke hadapan, bahasa hukumannya :
"BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE KANAAAAN..PUSING!" ***sekiranya platon (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawat).
Untuk menghadapkan semula platon ke hadapan, bahasa hukumannya : "BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE BELAKAAANG..PUSING!" [ Ingatan : Apabila berpusing ke belakang, hendaklah berpusing melalui sebelah kanan badan, walau ke arah mana pun platon anda sedang menghadap ]
7-langkah sebelah
Untuk menghadapkan semula platon ke hadapan, bahasa hukumannya : "BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE KIRIIII..PUSING!"
**sekiranya platon (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawat). Untuk menghadapkan semula platon ke hadapan, bahasa hukumannya :
"BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE KANAAAAN..PUSING!" ***sekiranya platon (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawat).
Untuk menghadapkan semula platon ke hadapan, bahasa hukumannya : "BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE BELAKAAANG..PUSING!" [ Ingatan : Apabila berpusing ke belakang, hendaklah berpusing melalui sebelah kanan badan, walau ke arah mana pun platon anda sedang menghadap ]
7-langkah sebelah
"SATU/DUA/TIGA LANGKAAAH.. KE KANAAAAN/KIRIII..GERAK!"
8-hentak kaki
8-hentak kaki
'HENTAK KAKIII..CEPAT!"
untuk menghentikan platon dari hentak kaki, bahasa hukumannya : "BARIIIS..HENTI!"
9-buka/tutup barisan
9-buka/tutup barisan
"BUKA/TUTUP BARISAAAN..GERAK!"
10-luruskan barisan
10-luruskan barisan
"KE KANAAAAN..LURUS!" apabila semua anggota dalam platon telah siap melakukan pergerakan meluruskan barisan, berikan pula bahasa hukuman kawat "PANDAAAANG..DEPAN!"
11-hormat ke hadapan
"HORMAT, HORMAT KE HADAPAAAN..HORMAT!
11-hormat ke hadapan
KETATANEGARAAN
Jalur Gemilang
Bendera Malaysia atau lebih dikenali dengan gelaran 'Jalur Gemilang' mengandungi 14 jalur merah dan putih yang berselang-selang dengan lebar yang sama bagi setiap jalur. Ini melambangkan Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan satu Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada WP Kuala Lumpur, WP Labuan dan WP Putrajaya. 13 negeri tersebut ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga jalur merah yang ke lima itu bermakna perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Di tengah-tengahnya terdapat anak bulan serta bintang pecah 14 yang menunjukkan perpaduan di kalangan semua 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan di bawah satu pemerintah. Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna diraja bagi Duli Yang Maha Muli Raja-Raja. Bulan dan bintang melambangkan agama rasmi negara, iaitu Islam. Warna merah dan putih bermakna kedaulatan pemerintahan dan tanda kesucian.
JATA KEBANGSAAN / LAMBANG NEGARA
Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 yang menandakan 14 buah negeri dan Wilayah Persekutuan yang terkandung di dalamnya. Manakala bintang dan anak bulan melambangkan Islam sebagai agama rasmi. Lima keris di bahagian atas melambangkan lima buah negeri Melayu yang dahulunya Tidak Bersekutu-Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu. Di sebelah kiri ialah lambang negeri Pulau Pinang dan di sebellah kanan pula lambang negeri Melaka. Kedua-dua negeri tersebut merupakan Negeri-negeri Selat.
Di tengah-tengah lambang pula terdapat empat warna yang melambangkan empat buah negeri Melayu yang dahulunya merupakan Negeri-negeri Bersekutu. Warna hitam dan putih ialah warna bagi negeri Pahang, warna merah dan kuning bagi negeri Selangor, warna hitam, putih dan kuning bagi negeri Perak dan warna hitam, merah dan kuning bagi Negeri Sembilan. Di sebelah bawah kiri adalah lambang negeri Sabah, manakala di sebelah kanan pula adalah lambang negeri Sarawak.
Di sebelah bawah bahagian tengah adalah Bunga Raya yang melambangkan Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penopang jata Negeri-negeri Melayu dahulu adalah dipakai dalam lambang Malaysia. Cogan "BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU" ditulis dengan tulisan Jawi dan Rumi. Warna kuning pada awan-awan ialah warna diraja bagi Duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Subscribe to:
Posts (Atom)